05 Mac 2010

GST

GST ( Goods and Services Tax) atau Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan diperkenalkan kepada rakyat. Sebelum ni kita telah dikenakan cukai kad kredit tapi cukai kad kredit saya telah diserap oleh bank (terima kasih Bank Rakyat). 

GST  akan menggantikan cukai perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini (cthya mcm cukai yang kalau kita makan kat kfc, kan ada caj 5% tu kot).

GST ini akan dikenakan sebanyak five and ten percent ?

Saya tak brapa faham sangat pasal GST ni... adakah kalau GST ni diperkenalkan, maka cukai yang lain tidak dikenakan? cth cukai import/kastam/eksais dll.

 Di sini disedikan satu kes....

Kalau la sekarang ni sebuah kereta import berharga RM 45,180.60 dan dikenakan excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90.

Maka, jika GST ini diperkenalkan. Adakah excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90 itu tidak akan dikenakan lagi?


Akan tetapi, jika excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90 dikenakan juga, makin bertambahlah cukai yang akan dikenakan?

Apa pula pandangan anda?

1 ulasan: