30 Januari 2010

Kenduri

     Hari ni ada plak kenduri kat rumah Mak Itam.. Malam nanti.. kena la pegi awal sikit.. rewang skit2 kot. Katanya nak hantar tanda dengan buat majlis cukur jambul. anak Lela dengan anak Yati kot...

     Lepas tu balik pula ke Melaka..... jom gerak.

28 Januari 2010

Program Solat Bejemaah

     Semenjak ada surau baru nie, macam - macam aktiviti telah dan akan dilaksanakan. Contohnya Program Solat Berjemaah ni.

     Program ini bermula jam 1.05 petang bagi hari isnin dan selasa, manakala hari rabu dan khamis bermula jam 12.35 tengah hari.

    Bagi sesi petang pula Solat Zohor akan dilakukan jam 1.40 petang dan Solat Asar pula dilaksanakan jam 5.00 petang. Kedua-dua solat ini dilaksanakan secara berjemaah. Semoga dengan program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t..

Cuti Sakit

         Semalam pergi klinik.. mata sakit. Doktor kata mungkin sakit mata atau ada alahan. kalau sakit mata, baik la dalam dua atau tiga hari , tapi kalau alahan, kena la pantang makan. Tak tau la plak kena pantang makan apa. Kena senaraikan makanan la plak makanan yang kalau dimakan, menyebabkan mata jadi sakit.

       Tak pasal-pasal kena cuti la hari nie. Semalam dah rancang dengan Cikgu Hafizi,Ust Ikhwan, Ust Takhrir dan Cikgu Wahab nak panggil murid-murid yang tidak Solat Zohor semalam. Nak bagi hadiah sikit kat mereka ni. Mana tahu leh insaf. Tak meninggalkan solat lagi.

      So... hari nie cuti, relax, tenagkan fikiran... ada hikmah disebalik sakit ni. Mana tahu kena kifarah sebab banyak buat dosa ke... Ya Allah.. Ampunilah dosaku dan seluruh Umat Islam

27 Januari 2010

OVERDRAFT

      Ramai yang dah cuba buat nie.. dan banyak blog yang berkaitan dengan nie. Cerita pasai od ni ada dalam blog nie. Apa kata kita cuba buat plak.. Mana tau berkesan. Tak salah kan mencuba tapi jangan tersilap langkah pula. Sebabnya OD ni membabitkan kadar kentungan harian.

Silap langkah... bergandalah keuntungan bank yang kena bayar. So... Berhati-hatilah..

24 Januari 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar

Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya.

Al-Fatihah...

Program Bubur Asyura

Walaupun dah habis Bulan Muharam. Program memasak Bubur Asyura tetap diteruskan. Sekurang-kurangnya dapat juga mendidik warga sekolah semangat bergotong-royong, bekerjasama, berkongsi rezeki yang Allah berikan, bertolak ansur dan menyemai sifat mahmudah.

Ramai juga dari kalangan guru dan kakitangan sekolah yang menderma barang-barang masakan untuk program ini. Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala jasa kalian.

Program tersebut telah dimulakan pada hari Rabu (20.01.2010) jam 5.00 petang dengan merewang (ada ke perkataan nie?). Seterusnya pada malam tersebut. Acara memasak beramai-ramai (macam pelik je ayat ni). Ramai juga yang hadir. Ringan sikit beban bila dilaksanakan secara beramai-ramai.

Ada juga yang tidur kat sekolah pada malam tersebut. Cikgu Ayob, Cikgu Ku Rizal, Ustaz Ikhwan, En Hafiz dan saya... eh ada sorang lagi.. En Din (Pak Guard).

Pagi Khamis, santan dimasukkan ke dalam bubur tersebut. Ramai guru yang membantu (tak dapat nak tulis semua nama sebab ramai yang membantu)untuk menyiapkan dan mengagihkan bubur tersebut.

Akhir kata.. terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

21 Januari 2010

Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi

Apabila mati anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya... kecuali..

1. Ilmu yang bermanfaat

2. Sedekah jariah

3. Anak yang soleh

Rugi betul kalau kita tidak melabur dalam 3 perkara tersebut...
Bagi membuka peluang kepada tuan untuk melabur dalam pelaburan yang tidak akan rugi ini. Bolehlah melabur seberapa ikhlas kepada akaun dibawah ini..

- Nama Bank : Maybank Islamic

- Nama Akaun : Surau SK Bandar Tenggara 2

- No. Akaun : 5511-6450-4034

Jazakallahu Khairan Jaza'

19 Januari 2010

Kem Bestari Solat Siri 1

Aktiviti tersebut telah diadakan seperti ketetapan berikut....

Tarikh : 09 Januari 2010

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi


Peserta Kem Bestari Solat.....


Masa makan.....

Program Maal Hijrah dan Mumtazul Huffaz



Majlis tersebut telah diadakan pada 08 Januari 2010 di Dewan Sk Bandar Tenggara 2. Penceramah Ustaz Mohd Ikhwan Khusaini bin Mokhtar.

Seronok murid-murid mendengar ceramah beliau.

Majlis tersebut bermula jam 7.30 pagi hingga 10.15 pagi. Diharap program tersebut dapat membentuk sahsiah yang mulia sempena tahun baru ini.



Murid-murid sedang mendengar ceramah yang disampaikan....




Ni pun sama....



Guru Besar menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut

18 Januari 2010

Bermulanya sebuah kisah..

Hari ni dalam sejarah saya. Membuat blog. Semoga catatan yang dinukilkan ini dapat memberi manfaat.


Terima kasih...