28 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke-15

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut

Hari      :       Ahad

Tarikh  :        28 Mac 2010

Tempat :         Dewan Baru SK Bandar Tenggara 2

13 Mac 2010

Cuti Sekolah

Cuti lagi.... rasanya baru je lepas cuti tahun baru cina hari tu.....  naik cuti ni penuh la jadual... banyak keje yang perlu dilaksanakan contohnya..........  28.03.2010 nanti ada mesyuarat agung pibg.......... 03.04.2010 ada MTQ daerah......  maulidur rasul....  kem jati diri untuk murid tahun 6..... kem bestari solat.....

09 Mac 2010

Penipuan SMS

Saya pernah mendapat satu sms yang mengatakan saya memenangi cabutan bertuah dari sebuah syarikat telco di Malaysia ni.. "Anda memenangi Rm 30,000, sila hubungi 010-xxx xxxx".  Padahal syarikat telco tersebut tidak membuat pertandingan (cabutan bertuah) tersebut.


Jangan mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.. Jika dihubungi, mungkin mereka meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk dengan alasan yang tertentu.

Berhati-hatilah.... jangan ingat senang nak dapat duit begitu mudah.

Perancangan Kewangan

Dalam aspek kewangan ini. Perlu ada matlamat yang ingin kita capai. sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

Bagi jangka pendek. mungkin dalam 1 bulan hingga 12 bulan. Biasanya untuk membeli barang yang kita inginkan. Mengikut kemampuan laa.. contohnya macam beli rim sukan (sport rim) hehe..

Bagi jangka sederhana pula adalah dalam lingkungan 1 tahun hingga 3 tahun...

Manakala bagi jangkapanjang pula adlah 5 tahun ke atas.. perancangan panjang ini perlu untuk persaraan nanti.. Jadi rancang kewangan anda dengan betul agar tidak dihimpit masalah kelak

MTQ Daerah Kulai - kemaskini

Terdapat perubahan tarikh pada MTQ peringkat daerah bagi sekolah kebangsaan. Perubahan tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh    :    03 April 2010

Hari       :     Sabtu

Tempat  :   Sk Senai Utama

08 Mac 2010

Program Aqiqah

Sempena Maulidur Rasul tahun ini. Pihak sekolah akan membuat program aqiqah. Butiran program tersebut adalah seperti ini :

- terbuka kepada semua pihak  yang berhajat

- satu bahagian dikenakan sebanyak RM 350 sahaja.

- jika berminat, sila hubungi pihak sekolah 07-8962784 dan berikan butiran yang dikehendaki seperti nama penyumbang dan peserta serta nombor telefon yang boleh dihubungi.

- Bahagian yang ditawarkan sangat terhad.. sila hubungi talian tersebut dengan segera.

Mesyuarat Panitia

Mesyuarat Panitia Pendidkan Agama Islam telah diadakan seperti berikut :

Tarikh   :    08 Mac 2010

Masa    :     1.05 petang

Tempat   :   Bilik J-Qaf


Agenda   :  - Ucapan aluan Ketua Panitia

                 - Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

                 - Perkara berbangkit

                 - Perbincangan Maulid Peringkat Sekolah

                 - Taklimat Musolla Al-Hakim

                 - Program Mumtazul Huffaz

                 - Hal-hal lain

                 - Penutup

06 Mac 2010

Kem Bestari Solat Siri 2

Kem tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

     Tarikh    :   06 Mac 2010

     Hari        :   Sabtu

    Masa      :    8.00 pagi himgga 12.00 tengah hari

05 Mac 2010

GST

GST ( Goods and Services Tax) atau Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan diperkenalkan kepada rakyat. Sebelum ni kita telah dikenakan cukai kad kredit tapi cukai kad kredit saya telah diserap oleh bank (terima kasih Bank Rakyat). 

GST  akan menggantikan cukai perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini (cthya mcm cukai yang kalau kita makan kat kfc, kan ada caj 5% tu kot).

GST ini akan dikenakan sebanyak five and ten percent ?

Saya tak brapa faham sangat pasal GST ni... adakah kalau GST ni diperkenalkan, maka cukai yang lain tidak dikenakan? cth cukai import/kastam/eksais dll.

 Di sini disedikan satu kes....

Kalau la sekarang ni sebuah kereta import berharga RM 45,180.60 dan dikenakan excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90.

Maka, jika GST ini diperkenalkan. Adakah excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90 itu tidak akan dikenakan lagi?


Akan tetapi, jika excise duty sebanyak RM 16,752 dan sales tax  sebanyak RM 4,899.90 dikenakan juga, makin bertambahlah cukai yang akan dikenakan?

Apa pula pandangan anda?

04 Mac 2010

PIBG

PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecil seperti berikut :-

   Hari        :   Khamis malam Jumaat

   Masa      :    8.00 malam

   Tempat   :  Kamar Operasi SK Bandar Tenggara 2

Tasmi'

Jadual tasmi' bagi murid-murid tahun satu adalah seperti berikut :

    Hari     :    Selasa hingga Rabu

   Masa    :    12.35 tgh hari - 1.05 petang

Murid-murid tersebut perlu menghadirkan diri ke kelas tambahan tasmi' seperti berikut :

   Hari    :    Rabu hingga Khamis

   Masa  :   3.30 petang - 4.30 petang

Sila rujuk jadual yang telah diedarkan. Terima Kasih

02 Mac 2010

UPPM 1 2010

UPPM 1 bulan Mac akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

     Tarikh    :    02 hingga 04 Mac 2010

     Hari       :     Selasa hingga Khamis

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah di talian 07-8962784.

PTK 2010

     Pendaftaran PTK 2010 bagi bulan Jun tahun ini dibuka mulai 18.02.2010 - 15.03.2010. Saya telah mendaftar untuk Komponen Generik ( dulu disebut Umum), manakala Komponen Fungsional (dahulu dikenali sebagai Khusus) saya telah mendapat aras IV ( lulus dengan cemerlang).

     Jadual peperiksaan tersebut adalah seperti berikut :

     Tarikh     :     08 Jun 2010

     Hari        :     Selasa

     Masa      :     9.00 pagi - 10.00 pagi

     Tempat   :    Ditentukan oleh PPD (biasanya di SMK Bandar Tenggara)

Segala maklumat yang diperlukan oleh calon seperti sukatan yang terkini boleh diperolehi dalam laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan  laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Ya Allah... semoga Mohd Fahmi bin Mohd Zahari dapat keputusan aras IV dalam peperiksaan PTK 2010 ini... Amin Ya Allah...

MTQ Daerah Kulai 2010

Pertandingan MTQ Daerah Kulai 2010 akan dianjurkan mengikut ketetapan berikut :-

     Tarikh     :     27 Mac 2010

     Masa      :     8.00 pagi

     Tempat   :     SK Senai Utama

Acara yang dipertandingkan adalah tilawah Al-Quran, berzanji, bercerita dan hafazan. Setiap pertandingan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Semoga pertandingan ini dapat mencungkil bakat peserta untuk pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan serta menyemai sifat mahmudah di dalam diri peserta. Diucapkan selamat bertanding kepada semua peserta.