10 Februari 2010

Cerita Nabil

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil. 


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.
Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal
dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak
Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina
masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil
menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran.
Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran
lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum
Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya
kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan
Pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata
Seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. 

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan
indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.
Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak
imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur
Serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya
berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. 

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang
Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan
antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib. 

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah
Masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak
benda Yang sebaliknya berlaku. 

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap
solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil. 

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar
Dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan
kelucuan. 

Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil,
cara   bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .
  Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar
suara & gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih
banyak 
lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. 

  "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
  Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
  malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli
ALQuran   kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah
cukup  bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang
senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.
 
  "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak
berubah   ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya
tetap   sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya   sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang
mengaku   kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
  dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. 

Tetapi beruntungnya orang-orangnya   memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan   menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi   pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad
sudah   dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu.   Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi   hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif
setiap   hari.   

triit.. triit! 

Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. 
Kita belajar   sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. 
SMS dari ustaz Sa'ad  tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan