24 Januari 2010

Program Bubur Asyura

Walaupun dah habis Bulan Muharam. Program memasak Bubur Asyura tetap diteruskan. Sekurang-kurangnya dapat juga mendidik warga sekolah semangat bergotong-royong, bekerjasama, berkongsi rezeki yang Allah berikan, bertolak ansur dan menyemai sifat mahmudah.

Ramai juga dari kalangan guru dan kakitangan sekolah yang menderma barang-barang masakan untuk program ini. Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala jasa kalian.

Program tersebut telah dimulakan pada hari Rabu (20.01.2010) jam 5.00 petang dengan merewang (ada ke perkataan nie?). Seterusnya pada malam tersebut. Acara memasak beramai-ramai (macam pelik je ayat ni). Ramai juga yang hadir. Ringan sikit beban bila dilaksanakan secara beramai-ramai.

Ada juga yang tidur kat sekolah pada malam tersebut. Cikgu Ayob, Cikgu Ku Rizal, Ustaz Ikhwan, En Hafiz dan saya... eh ada sorang lagi.. En Din (Pak Guard).

Pagi Khamis, santan dimasukkan ke dalam bubur tersebut. Ramai guru yang membantu (tak dapat nak tulis semua nama sebab ramai yang membantu)untuk menyiapkan dan mengagihkan bubur tersebut.

Akhir kata.. terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan